ISU 5: RAIKAN KEUPAYAAN BERBEZA (Diskriminasi OKU)
Apa Masalahnya?
Murid Berkeperluan Khas (OKU) juga ada hak untuk dihormati dan diterima. Kadang-kadang mereka disisihkan oleh rakan sebaya kerana perbezaan mereka.
Pernah Nampak Ini? (Contoh)
- Pelajar OKU (contoh: masalah pendengaran atau berkerusi roda) tidak diajak sertai aktiviti sukan atau persembahan.
- Pelajar lain mengejek cara mereka berjalan atau bercakap.
- Menganggap mereka "tidak pandai" hanya kerana mereka berbeza.
MISI KITA DI SEKOLAH: (Peranan Sekolah)
- BELAJAR BERSAMA: Program Pendidikan Inklusif membolehkan murid OKU dan murid normal belajar dalam kelas yang sama.
- AKTIVITI KESEDARAN: Menganjurkan kempen untuk faham dan berempati dengan rakan OKU.
- HARGAI KEPELBAGAIAN: Mendidik semua pelajar bahawa setiap manusia ada kebolehan unik masing-masing.